Kad Perubatan Medi Auni





 
Medi Auni merupakan satu pelan Kad Perubatan yang ditawarkan oleh HLM Takaful.  Medi Auni ini merupakan pelan rider yang perlu diambil bersama pelan induknya iaitu i-Flexi Protect yang memberikan perlindungan sehingga umur 90 tahun.  Kad Perubatan Medi Auni ini akan mengikut tarikh matang pelan i-Flexi Protect yang dipilih iaitu pada umur 60 tahun, 70 tahun, 80 tahun dan 90 tahun.

Apa istimewanya Medi Auni ini ya? Ada beberapa faedah terbaik yang ada pada Medi Auni ini. Jom kita tengok.

1. Perlindungan Sehingga Usia 100 Tahun

Anda boleh memilih tempoh matang untuk i-Care Rahmat dan Medi Auni ini samada sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun.

2. Tiada Had Sepanjang Hayat

Had Medi Auni akan diperbaharui setiap tahun.  Contohnya, Sekiranya anda mengambil pelan Medi-Auni bersama Million Extra, had tahunan anda adalah RM1.12 juta. Walau sebanyak mana anda membuat tuntutan, setiap tahun had tersebut kekal dan diperbaharui sehingga umur anda genap 100 tahun. Menarik bukan?

3. Perlindungan Rawatan Alternatif

Medi Auni memberikan perlindungan untuk rawatan alternative selepas keluar dari hospital. Rawatan tersebut adalah seperti chiropractic, chiropody, homeopathy, osteopathy, acupuncture dan rawatan tradisional lain yang berdaftar dengan T&CM.

4. Perlindungan Tambahan Untuk 3 Generasi

Sekiranya anda mengambil i-Care Rahmat, anda boleh menambah Medi-Auni ini untuk 3 generasi iaitu ibubapa anda, pasangan dan anak-anak anda. Ini lebih menjimatkan kerana kos takaful dapat dikurangkan berdasarkan satu sijil sahaja berbanding sekiranya ia diambil berasingan.

5. Pertukaran Kanta Mata

Medi Auni juga melindungi perubatan untuk mata anda sekiranya mata anda perlu menjalani pemindahan lensa intraocular sehingga RM6000. Pasti anda akan rasa tenang.

6. Langsaikan Bil Hospital Tanpa Bayaran

Dengan had perubatan tahunan yang tinggi, sudah tentu anda tidak perlu membayar bil hospital sekiranya anda dimasukkan ke dalam wad.

7. Termasuk Kos Penjaga

Sekiranya penjaga anda di hospital memohon untuk mendapatkan katil tambahan, itu juga akan dibayar oleh pihak HLM Takaful melalui Medi Auni.  Bukan sahaja anda yang dilindungi, penjaga anda juga senang hati.

8. Perubatan Luar Negara

Hampir semua kad perubatan menawarkan perlindungan sekiranya anda jatuh sakit dan cedera di luar negara.  Tetapi Medi Auni memberikan anda peluang untuk mendapatkan rawatan di luar negara walaupun anda di diagnosis di Malaysia.  Dengan perlindungan rawatan luar negara anda boleh membuat rawatan di 3 negara iaitu Hong Kong, China dan Singapura.

9. Elaun Kemasukan Hospital

Medi Auni juga melindungi anda dan anda akan mendapat faedah elaun kemasukan hospital sehingga RM500 sekiranya anda dimasukkan ke dalam wad akibat kemalangan di mana-mana lebuhraya di Malaysia dan sehingga RM500 sekiranya anda dimasukkan ke mana-mana hospital Kerajaan di Malaysia.

10. Rawatan Pesakit Luar

Untuk rawatan pesakit luar akibat kanser dan rawatan dialisis, tiada had dikenakan untuk anda menerima rawatan.  Medi Auni akan membayar balik kos rawatan itu seperti yang di caj kan.

11. Opsyen untuk Deductible atau Full Cover

Medi Auni memberikan perlindungan secara menyeluruh. Namun sekiranya anda mempunyai kad perubatan lain atau perlindungan dari pihak majikan dan anda rasa tidak perlu untuk perlindungan 100% sebelum umur persaraan, anda boleh memilih beberapa opsyen deductible sebelum anda mencecah usia 60 tahun. Ini menjadikan pakej kad perubatan anda lebih murah berbanding pakej yang memberikan perlindungan 100%.


Contohnya, sekiranya pihak majikan anda memberikan perlindungan perubatan dan kemasukan hospital sebanyak RM50,000 setahun, jadi anda rasa kenapa perlu saya ada kad perubatan tambahan?  Anda boleh memilih opsyen deductible RM20,000 sebelum bersara dan pilihan perlindungan 100% selepas bersara. Maksudnya di sini, dalam masa 12 bulan (setiap tahun), anda akan menggunakan kad perubatan majikan terlebih dahulu untuk claim berjumlah RM20,000 yang pertama dalam setahun.  Sekiranya kos perubatan melebihi RM20,000, claim seterusnya anda baru guna kad perubatan Mei Auni ini. Pakej ini lebih jimat dan lebih ekonomi. Namun, sekiranya anda berubah hati, atau bertukar tempat kerja yang tidak memberikan perlindungan perubatan,  anda boleh memilih untuk perlindungan 100% dengan mengisi borang ubahsuai sijil sekiranya anda rasa perlu untuk perlindungan 100% dikemudian hari.

Segala penerangan di atas merupakan ringkasan dari faedah Medi Auni untuk memudahkan anda memahami secara ringkas.  Semua jumlah yang disebut mungkin berbeza mengikut pelan yang anda pilih.  Anda dikehendaki membaca risalah fakta produk untuk penerangan lanjut.  Sila hubungi perunding kami untuk maklumat lanjut.

Di bawah ini saya sertakan jadual harga pelan perlindungan i-Flexi Protect dengan kad perubatan Medi Auni untuk memudahkan anda semua.  Ini merupakan perlindungan Medi Auni sebanyak RM1.12 juta setahun dengan pelan RM200 berserta dengan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil untuk rujukan.  Untuk jumlah yang tepat anda mestilah memberikan maklumat untuk penyediaan ilustrasi lengkap.


Klik di sini untuk risalah lengkap:

Medi Auni Brochure


Hubungi saya untuk maklumat lengkap.  Klik di sini.



Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan dan Kekurangan Melabur Di Unit Amanah (Unit Trust)