Bila sebut Takaful, pasti yang berlegar di ruang fikiran hanyalah ejen insuran yang mengejar duit kita. Betul?

 

Apakah maksud dan konsep Takaful sebenarnya?

 

Takaful adalah satu tabung dimana ia mengumpul semua wang yang disumbangkan (didermakan) oleh pemegang polisi.

Duit sumbangan/derma yang dikumpul kemudiannya dilaburkan pula kepada amanah saham yang PATUH SYARIAH (sebab itu ia takaful bukan insurans)

Hasil biakan jumlah wang yang dikumpul selepas dilaburkan itulah digunakan untuk membayar:


1.  - Bil rawatan hospital

2.  - Pampasan akibat sakit kritikal

3.  - Pampasan akibat hilang upaya / cacat kekal

4.  - Pampasan kematian kepada penama / waris

5.  - … dan lain-lain pampasan yang dipersetujui bersama


Kenapa orang yang celik minda ambil Takaful? Kerana kita tahu, kita menyumbang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi membantu mereka yang memerlukan bila perlu.

 

“MULIANYA hati orang yang mempunyai 1 akaun polisi takaful apabila beliau sebenarnya sanggup untuk memperuntukkan sebahagian wangnya kepada mereka yang kurang bernasib baik, jika suatu hari nanti beliau mengalami nasib yang sama, beliau juga akan DILINDUNGI”

 

1 polisi Takaful boleh lindungi diri kita, waris kita (duit pampasan selepas meninggal) dalam masa yang sama memayungi insan lain yang memerlukan. PAHALA PERCUMA.

 

Sebab itu kami takkan ambil lebih 10% dari jumlah gaji bersih anda. Kami hanya buatkan polisi mengikut kemampuan. Kecuali jika anda berkeinginan untuk ambil FULL PROTECTION dan sanggup bayar lebih.

 

Tak perlu takut.

 

“Kami ajak anda menderma, bantu anda lindungi diri sendiri dan keluarga, bantu anda disiplin dalam menyimpan. Bukan menambah hutang anda. Ejen Takaful bukan Ahlong, kami datang cuma nak tolong.”

Sebarang pertanyaan boleh tekan sini

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan dan Kekurangan Melabur Di Unit Amanah (Unit Trust)