Kelebihan dan Kekurangan Melabur Di Unit Amanah (Unit Trust)
Unit Amanah atau Unit Trust ialah suatu bentuk pelaburan yang mengumpulkan wang pelabur dan di uruskan oleh seorang pengurus dana professional yang akan melaburkan wang tersebut di dalam pelbagai portfolio sekuriti seperti saham Tenaga Nasional Berhad, saham Nestle, saham Top Glove, bon dan aset lain selaras dengan objektif pelaburan dana. Sekiranya aset yang dibeli untung, maka kita akan mendapat keuntungannya. Apabila melabur dalam dana Unit Amanah, pelabur perlu menyelidik terlebih dahulu instrumen ini dan perlu bijak dalam membuat keputusan sebelum melabur. Hal ini kerana, kebanyakan pelabur dipengaruhi oleh beberapa pemasaran ejen iaitu “memperoleh pulangan tinggi atau mendapat ganjaran tahunan”. Selain itu, sebelum melabur di dalam Unit Amanah, kita perlu memastikan bahawa ejen tersebut mendapat kelulusan dari Bank Negara ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia supaya tidak berlaku sebarang penipuan di masa hadapan. Kebaikan dan Keburukan Unit Amanah Mari kita lihat beberapa kel